Sunday, August 30, 2009

AQIL NAJMI~!!!


Salam semua..
Okay 29/08/2009 yg lepas adalah besday anak buah zah,
RAJA MUHAMMAD AQIL NAJMI
"Happy 1st Birthday"
hehehe... dah setahun umo dia.. kejap je masa...
So aritu xde la wat besar²ran... just wat doa selamat...
jemput sesedara zah je... Alhamdulillah semua dah selesai..
makanan pun 'selamat' semua nye... hehehe.....
Wat besday nie pun dlm bln puasa kan... so mmg penat tp mmg PUAS HATI..
Bln 5/10/09 nnti wat lagi... utk besday anak buah lagi 1 Aiman Danish...
"MakLang Sayang AQIL NAJMI & AIMAN DANISH"
Oklah.. Ader cite baru zah update lagi...
tattaa~~!!!
so enjoy la ngan gmbr dibawah..

Pix: mcm2 ada.. hehehe

Pix: besday boy ngan Paksu & Tokwan

Pix: Aiman ngan papa nye..

Pix: Aqil ngan ibu & ayah(bru pas xcident)

Pix: Dak kecik xreti dok diam...

Saturday, August 22, 2009

macam²..

Salam semua...
nie zah update pasal anak² buah zah...
merebut mainan...
klakar la.. comel...
sorg ske jerit² & sorg lagi wat muka xbersalah...
layan je la video nie..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan





Salam semua,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Sunday, August 9, 2009

gile muffin~

Salam semua...
Hari nie zah wat muffin coklat...
adik2 zah soh wat & zah pun teringin nak makan...
hehehe :-)
so pe lagi... g bli brg... trus wat...
kebetulan smua ada ari nie...
mmg licin la... alhamdulillah...
so sape2 nak order... mari2...
cewah!! hehehe... beria je zah nie...
oklah tgk la pic muffin sblm & sesudah masak...
enjoy~!!


oklah.. sampe cni je...
kalu ader cite bru... zah update lagi ekk...
Tatttaaa~!!!

Wednesday, August 5, 2009

Malam Nifsu Sya'ban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al- Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al- Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al- Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al- Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)